Saturday, February 28, 2009

Perancangan Masa Hadapan

Ketika ini, kejatuhan ekonomi dunia menyebabkan ramai pekerja yang diberhentikan kerja. Dan pada masa kini, kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan kemudahan pekerjaan dari pelbagai bidang termasuklah dari bidang perkhidmatan, perhotelan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bidang perniagaan merupakan salah satu peluang pekerjaan yang terbaik kepada semua bakal graduan dan pekerja swasta yang mana ini dapat membantu ekonomi negara. Mengikut jangkaan, berkemungkinan pada jun 2009, ekonomi negara akan jatuh mengikut kejatuhan ekonomi Amarika Syarikat.

Oleh yang demikian, kepada semua bakal graduan dan pekerja-pekerja tidak terlalu memilih pekerjaan yang di cita-citakan. Ini kerana masa kini, kerajaan sedaya upaya membantu semua pekerja yang di buang kerja untuk berkerja bagi mengurangkan masalah pengangguran. Bidang perniagaan juga adalah salah satu langkah bagi mengatasi masalah ini.

Di dalam hadith juga ada mengatakan yang mafhumnya : "9 per 10 daripada sumber rezeki itu adalah perniagaan". Jadi masa kini bukanlah masa yang sesuai untuk kita memilih pekerjaan yang bagus untuk skrol yang dapat di universiti, tetapi kita perlu memikirkan bagaimana untuk kita "survive" di dalam era kemelesetan ini.

Kerajaan melalui Kementarian Keusahawanan dan Koperasi telah memberikan pelbagai kemudahan kewangan bagi peniaga yang ingin memulakan dan memajukan perniagaan meraka. Menerusi Mara, Tekun Nasional, SMIDEC, AgroBank dan pelbagai lagi agensi dapat membantu mereka yang berminat didalam perniagaan.

Jadi para graduan perlulah mengambil langkah yang bijak di dalam membentuk pekerjaan masa hadapan yang lebih cerah walaupun kegawatan ekonomi akan berlaku beberapa bulan lagi.