Saturday, March 20, 2010

Falsafah Perniagaan

Falsafah perniagaan dalam perspektif barat adalah sebahagian daripada misi institusi perniagaan itu yang menggabungkan 3 aspek penting :
1. Tujuan - kenapa institusi atau organisasi perniagaan itu wujud?
2. Strategi
3. Nilai dan etika kerja - polisi dan etika yang memandu sesuatu perniagaan dalam operasinya. Ia
menjelaskan  bagaimana seseorang pengurus perniagaan dan pekerja seharusnya bertindak.

TUJUAN
Secara umumnya tujuan atau `purpose' perniagaan dari perspektif barat ialah untuk mendapat keuntungan. Walaubagaimanapun matlamat perniagaan telah malalui perubahan peradigma. Bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Perubahan ini adalah kesan daripada pengalaman masyarakat barat yang telah merasai kepahitan dari kualiti yang rendah dan keselamatan yang tidak terjamin apabila keuntungan sahaja yang menjadi tujuan perniagaan. Malah mereka menganggap tanggungjawab sosial sebagai satu cara untuk meningkatkan imej sesuatu organisasi perniagaan dalam sebuah masyarakat. Dengan cara ini dari sudut jangka panjang syarikat tersebut akan dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Ada berbagai-bagai tanggapan dikalangan ketua-ketua eksekutif atau pengurus-pemgurus syarikat dibarat mengenai tujuan atau falsafah perniagaan:
1. Untuk kebajikan pemegang-pemegang saham syarikat.
2. Untuk kebajikan pengguna
3. Untuk kebajikan pemilik-pemilik syarikat(perkongsian)
4. Untuk kepentingan pemegang saham, pekerja, pengguna dan `suppliers'
5. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi lelaki dan wanita yang bekerja( yang tidak menjejas alam sekitar, atau meningkatkan perkhidmatan pengguna, etc). Sesuatu yang melewati batas kepentingan diri keempat-keempat golongan tersebut. Sesuatu yang memberi `sense of mission' kepada syarikat tersebut.



STRATEGI

Ini menentukan logik perniagaan itu. Pihak pengurusan harus mengenalpasti suasana atau keadaan pasaran tempat ia akan bersaing. Ia harus juga menentukan apakah ciri kekuatan yang membolehkannya berada dalam keadaan yang selesa dan dominan. Umpamanya, strategi untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti tinggi.

NILAI DAN ETIKA

Ini menjelaskan bahawa perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sese uab syarikat dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya bukan sahaja baik dari sudut strategi untuk meningkatkan jualan tetapi ianya juga baik dalam ertikata yang sebenarnya. Hanya apabila seseorang pekerja itu mempunyai nilai peribadi yang selari dengan nilai organisasi atau syarikat yang dia bekerja, komitmen serta penglibatannya akan bertambah. Aspek yang perlu diberi penekanan,
- Kerjasama dan perundingan sebagai satu pasukan.
- alam sekitar
- hubungan pihak pengurusan dan pekerja, pengguna dan sebagainya.
- Kualiti barangan yang tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Berdasarkan pandangan barat organisasi atau syarikat itu akan berjaya apabila perkara-perkara ini digabungkan iaitu, apabila strategi, nilai dan etika digabungkan dengan satu tujuan yang unggul yang melewati batas kepuasan kumpulan-kumpulan tertentu.

No comments:

Post a Comment