Tuesday, March 16, 2010

SK Cycle Enterprise..

SK Cycle Enterprise merupakan salah satu perniagaan sewaan basikal diusahakan oleh saya dan di dalam perancangannya ianya akan bertempat di kampus USIM. Perniagaan ini memberikan kemudahan sewaan dan jualan basikal kepada para pelajar. Dengan hasrat membantu para pelajar untuk ke kampus, ianya juga dapat menjaga kebajikan para pelajar.
Saya telah membuat banyak kaji selidik didalam kepentingan berbasikal di kampus ini. Selama 4 tahun saya memerhatikan kesukaran para pelajar untuk ke kampus, saya memikirkan satu inisiatif untuk menjalankan perniagaan sewaan basikal ini.

Dengan sewaan mengikut jam, ianya agak berbaloi kepada para pelajar dan keselamatan para pelajar juga amat dititik beratkan. Oleh yang demikian, terciptalah idea saya untuk membantu para pelajar dari segi kemudahan ini.

Namun yang demikian, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi seperti kesukaran untuk berurusan dengan majlis daerah, pemaju dan pihak pengurusan. Dan masalah yang paling besar sekali adalah kumpulan sasaran saya akan di pindahkan ke asrama lain. Lupa saya beritahu yang mana kumpulan sasaran saya adalah dari pelajar perempuan. Ini kerana pelajar lelaki kebanyakannya telah memiliki pengangkutan sendiri seperti kereta dan motorsikal.

Saya masih lagi memikir sejauh mana keberkasanan perniagaan ini sekiranya asrama ini didiami oleh pelajar lelaki.Saya amat berharap agar perniagaan ini dapat menapak lebih jauh lagi dan mampu memasuki pasaran ke universiti lain.

No comments:

Post a Comment